Sunday 15 September 2013

MTB PSKPP PERAK 2013



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh : 15 September, 2013
Lokasi : MCKK, Kuala Kangsar, Perak.
Jarak Kayuhan : 43 km
 
 Lagi event di dalam negeri Perak yang disertai tapi kali ini ada pecahan, kerana 3 geng MTBeskal join Ipoh City Ride dan Ako, Faizal & Fauzi join MTBPSKPP ni. Bagi ako yang lebih puas kayuh off road, mmg ako join mtb event le.
Tapi pada hari event, tinggal ako and faizal je yang dapat datang, Fauzi tidak berjaya menghadirkan diri kerana ada koje. Event ini anjuran Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Perak(PSKPP Perak), dan pada hari itu juga banyak acara sukan lain dan MTB ni salah satu la. Cerita tentang trek ni, yang dikenali sebagai trek lubuk merbau, (ako tak pernah pun masuk trek ni sebelum ni), mmg macam kerbau berkubang pas kuar dari trek, dengan cuaca pagi hujan syahdu, menambahkan kepekatan lumpur sampai helmet pun kena. Apa pun, memang best trek nie...

 

 
 Sebelum subuh dah gantung beskal
 
1st time sampai dulu, tak de peserta lain lagi masa ni.

Bersedia di garis mula dengan rider Kedai Kopi Dulu-Dulu


Ber 2 je kali ni.



Dah habis lumba dan menyental beskal

Tunggu cabutan bertuah, tp tak bertuah kali ni.

 
Kesimpulannya, event yang agak berjaya, medal yang menarik, makanan yang ok, makanan/minum CP pun cukup. Tapi agak malang untuk event ni, tayar belakang Faizal bocor sebelum CP 1, so ako pun patah balik untuk bekerjasama tukar tiub. So mmg tak target nombor yang power, sekadar habiskan je la. Next time kite try again.