Sunday 7 July 2013

IPOH MTB RIDE DAY 2013


Tarikh : 7.72013
Lokasi : Sek Keb Pakatan Jaya, Ipoh, Perak.
Jarak Kayuhan : 37 km
 
Untuk julung kalinya Geng MTBeskal menyertai kayuhan mtb di Ulu Kinta anjuran kelab basikal HTR, Perak. Mengikut maklumat, setiap tahun HTR menganjurkan kayuhan mtb di kawasan ulu kinta dan trek yang popular di sini iaitu trek Kg. Kolam digunakan. Tapi kali ni, laluan diubah mungkin hanya 50% jr sama tp hakikatnya Geng MTBeskal kebanyakannya tidak pernah kayuh di trek ni.. Team HTR pn merahsiakan keseluruhan trek hingga hari event untuk memberi kejutan kepada peserta.. (terkejut btol :)).
 
Seramai 9 orang team yang mendaftar dan menyertai event ini untuk berkayuh bersama 900 peserta yang lain. Rasa teruja untuk event ni mmg tinggi sebab nak rasmi jersy GENG MTBeskal yang telah siap dan menarik untuk digayakan. lagipon ini la kayuhan terakhir sebelum cuti sebulan kayuh (pose).. Ada planning untuk kayuhan malam lepas terawih hingga sahur.. tp itu cuma plan, x buat pn xpe.. huhuhu..   
 
Tepat jam 8pg, kayuhan dimulakan di Sek Keb Pakatan Jaya - kiteorang terpakse duk belakang sekali pasai datang lambat. (sharul la, sesat lak).. Tp memang diakui trek ni agak mencabar dan ada dugaan - dugaan yang menimpa ahli - ahli hingga diorang terpaksa menggunakan ''chiken loop" untuk menamatkan kayuhan.
 

 
 
 

1 veteren & 8 open

Dari kiri - Ani, Izhar, Shamsul & Suhaidi bergaya di awal pagi. Ako & yang lain tak sampai lg.
 
Peh, 1st time duk belakang skali pasal lambat. Gerbang start/end pn tak nampak.

Ini la dugaan pertama untuk Shamsul, tayar bocor sebelum masuk offroad lg. Suhaidi, Faizal & Fauzi ada bersama memberi bantuan dan sokongan moral.. hehe.. Bile masuk offroad, tayar Suhaidi lak bocor, lagi sekali diorang bersama2 membantu, memberi sokongan dan rehat di tepi :)
 

Sharul & Mail meneruskan kayuhan berdua.

Ako trus ke depan, tgk gak belakang, xde plak team ni.



Masa ni satu tanduk basikal dan ilang pasal terguling masa downhill. Tp kayuhan tetap diteruskan sambil menahan sakit..

Ani semangat berkayuh untuk 1st jamboree nya.


Geng MTBeskal berkumpul selepas tamat kayuhan untuk bergambo dengan jersy baru yang dirasmikan. (Ani ilang masa ni :))

1st Jamboree sudah bertuah mendapat botol air.
 
Kali ni ako dapat rack Giant dengan no bertuah 146.


 
Secara keseluruhannya, Ako, Ani, Sharul & Mail berjaya menghabiskan kayuhan dengan cukup semua CP, yang lain tak sempat habiskan sebab masalah basikal dan laluan dah ditutup. Kesimpulannya, event ni berjaya dengan trek yang mencabar minda, makanan yang menarik dan pengurusan / marshall yang cukup. Cuma satu je, rase cam myesal lak tak tukar pingat arito pasal plet tanah ni tak boleh gantung, tp xpe la, sekali skala dapat benda lain dari lain.
Pape pun tahniah HTR & Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya & Selamat Berkayuh...
 

No comments:

Post a Comment