Sunday 24 March 2013

Changkat Jering Funride

Tarikh : 24.3.2013 (Ahad)
Lokasi : Changkat Jering, Perak.
Jarak : 37 km
Salam semua, kali ini nak cerita pasal GENG MTBeskal masuk funride. Funride ini terbuka kepada semua dan macam2 jenis basikal boleh masuk / sertai.. Disebabkan ride ini berdekatan dan yuran pn x mahal, so untuk memeriahkan acara, kami pn join.
Lebih kurang 360 orang peserta / pengayuh yang menyertai.. termasuk pengayuh power dari GIANT team.. Walaupun dikatakan ini funride, tapi bile start mengayuh, tak ada istilah ''fun' dah (kecuali bagi yang kuat le)... Kebanyakan kayuh macam berlumba, yang lambat to pasal dah habis angin le (termasuk ako) huhuhu...
Tapi persiapan penganjur boleh dipuji dengan check point yang agak mewah dengan air tin & coklat & pisang serta krew2 yang mencukupi sepanjang jalan. Tak rugi GENG MTBeskal masuk funride ini selain menambah pengalaman, dapat juga membanding penganjur yang betul2 bersedia dalam penganjuran sesuatu kayuhan..





senarai nama GENG MTBeskal berdaftar. tp En Yusuf sekali lagi tak dapat join walaupun dah daftar kerana masalah kesihatan & En Sahid tak dpat join kerana ada urusan telah diganti dengan Aboy.. (MTBeskal junior)
 Baru sampai Changkat Jering.. ikat beskal kat belakang..

 Kali ini Aboy - MTBeskal Junior dapat menyertai, datang dari Senawang dan berpeluang kerana tgh cuti sekolah.. (helmet putih to dapat masa UTAR)


 Suka Jali tayar bergesel
 

Semua laju.. tak funride dah hahaha

 Suhaidi yang ceria

Aboy - walaupun berdepan masalah gear, tapi tetap mengayuh

Jali dah hilang helmet

Mail & Sharul pn hilang helmet

Sampai akhirnya

 
 
Anak Izhar.. GENG MTBeskal paling junior

Makan time.

Kesimpulannya, ini adalah ride yang bagus dan cukup persediaan. Makanan yang sedap dicampur laksa & cendol memang menarik. Jali adalah peserta kami paling bertuah kerana dapat RM50 untuk nombor cantik & dapat helmet semasa lucky draw, Sharul pula dapat tiub & botol air.. Yang lain dapat tgk je la.. huhuhu..

pape pn syabas penganjur & tq untuk gambar2 yang diambil..


No comments:

Post a Comment