Sunday 6 October 2013

JAMBOREE MTB TG MALIM 2013



Tarikh : 6 October 2013
Lokasi : Majlis Daerah Tg Malim, Perak
Jarak Kayuhan : 43 km

Salam, salam, kali ni Geng MTBeskal bergerak jauh sikit, (dalam Perok gak). Menyertai Jamboree MTB Tanjong Malim anjuran TM Bikers & Majlis Daerah Tanjong Malim. Yang menariknya event ni adalah hadiah cabutan bertuah yang agak lumayan dan mengikut ceritanya ini adalah 'fun ride' jer.
Seramai 5 orang yang menyertai event ni dan kite orang bergerak dari Ipoh seawal 4 pagi. Terima kasih kepada Faizal yang berjaya mendapatkan Hilux untuk pengangkutan jadi semua bergerak satu kenderaan. Walaupun event ni dikatakan 'fun ride', tapi trek2 offroad nya yang power dan lazat tidak menjanjikan fun kepada kebanyakan rider.
Treknya agak mencabar basikal, minda dan otot hingga ramai la krem termasuk ako. Lagi ujian yang menimpa apabila kebanyakan rider yang tayar bocor kerana sesetengah tempat di trek yang mempunyai banyak paku. (mungkin kilang paku berdekatan kot). Tp Alhamdulillah suma team berjaya habiskan kayuhan tanpa masalah basikal.     
 

 
 


 
 
Mengangkut 5 bijik beskal
 
5 rider MTBeskal
 
 
Lokasi permulaan
 
Santai2 sebelum kayuhan

 
Laluan offroad agak mencabar, layan jr
 
Ani, rider yang meningkat naik :)

Merenung nasib.. "jauh lg kr chor".


Faizal yang krem diberi rawatan oleh pakar kimo - Suhaidi

Pakar pun tolak daa


Akhirnya sampai dan mendapat pingat
 

 Kesimpulannya, semua team berjaya menghabiskan kayuhan tanpa ada masalah basikal, Ani peserta pertama team yang berjaya sampai (power ni, siap pintas ako. hihihi) dan diikuti ako.  Tahniah kepada penganjur untuk TM Jamboree ini, walaupun ada juga kekurangan tapi event ni berjaya dilaksanakan. Harap next time masa kayuhan boleh dimulakan awal cikit dan makanan kena jaga atau ada kupon masa ambil makanan - kesian kr Suhaidi, Faizal & Sharul yang sampai lambat tp makanan dah habis. Okeh, jumpa di lain jamboree.  
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment