Saturday 26 October 2013

CAMERON HIGHLANDS THOMPSON TRAIL 2013 MTB FUNRIDE

 
Tarikh : 26 October 2013
Lokasi : Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Jarak Kayuhan : 50 km
 
Kayuhan kali ini adalah luar dari kawasan Ipoh atau Perak. Kayuhan untuk pertama kali di kawasan yang sejuk dan berangin iaitu kawasan Cameron Highland. Pada mulanya, seramai 4 orang ahli nak join, Shmsul, Ako, Pejal dan Sharul. Masing - masing nak merasa kayuhan di kawasan ni (sebelum ini hanya dengar cerita dari rider lain jer, diorg kelentong pun kt anguk jer hihihi).
 
Disebabkan tempat yang agak jauh, kami buat plan untuk bawak family dan tidur disana. So apartment dah di book awal2. Tapi malangnya, beberapa hari sebelum kayuhan, Sharul tak dapat join pasal anak2 terlibat aktiviti sekolah dan Faizal pun tak dapat join pasal anak kena demam campak lak.. Tinggallah ako dan Shamsul. Nak dijadikan cerita lak, Shamsul yang gerak awal ke Cameron dengan harapan nak berjalan-jalan sekitar kawasan telah mendapat malang baru iaitu kereta bermasalah 'clutch problem". So die mengambil keputusan tak nak kayuh sebab nak balik repair kereta.
 
Akhirnya tnggal ler ako sorang. Tak per la, ako kayuh untuk ako so solo pun xde hal.. huhuhu.. Di samping dapat pengalaman kayuh di Cameron. (best ooo).
 



Sekitar starting point Tanah rata

Solo rider

CP yang menarik








Mendaki sekitar ladang teh

unik sikit, bawak 3 plet dari 2 ahli yang kecundang

Dapat lucky draw tiub.

 
Ok, that all, syabas kepada penganjur.

No comments:

Post a Comment