Sunday 17 November 2013

KAMPUNGKU MOUNTAIN BIKE 2013


 
Tarikh : 17 November 2013
Lokasi : Dewan Paya Jaras, Sg Buloh, Selangor
Jarak Kayuhan : 25 km 



Cerita kali ni, bulan November memang tiada Jamboree di sekitar kawasan Perak, so ingat nak rest saja tanpa masuk mana-mana jamboree, tapi ditakdirkan cuti sekolah sudah bermula dan seperti biasa Aboy - MTBeskal junior akan bertandang dari Senawang ke Ipoh untuk menghabiskan waktu cuti sekolahnya di Ipoh. Ngam2 tengok di MTB Event Blog, ada Jamboree di Sg Buloh, so boleh ler ako ngan Aboy join masa on d way amik Aboy dari Senawang N9 ke Ipoh, Perak.
Pada hari kejadian, bergeraklah kami ke sana seawal pagi kerana tak tau jalan, memang agak awal la sampai, masa azan subuh dan ade di starting line. lebih kurang 500 peserta menyertai Jamboree Kampungku ni dan untuk ako, ini la first time kayuh di kawasan ini. Kalini harapan diletakkan pada Aboy untuk kategori junior untuk naik podium, kalo ako setakat habis kayuh boleh la.


 

Jarak yang dijanjikan 30 km tapi meter baru 20 lbh km dah sampai.
Nyesal simpan tenaga lg..


Awal subuh sudah sampai

Awal di gerbang start
 
Agak mengecewakan bila dah paking depan, masa nak mula ramai rider
duk kat simpang jalan kuar. Hmm.  
 

Tamat kayuahan, walau Aboy tak naik podium (sebab dpt cium pokok) tapi kedudukan no 14
untuk kategori remaja agak membanggakan MTBeskal.
 
Tahap kekotoran : hancus.
 
 
Dapat medal top 150.
 
 
bergambor dengan retis - Zamarul Hisyam, anak die join gak.
 
Lucky draw, kalo no naik dapat le pokok bunga orkid.. huhuhu
 
 
Kesimpulanya, Aboy dapat tempat ke 14 / 73 kategori remaja dan ako no 75 / 497 kategori terbuka, untuk event ini, ok la dan usaha penganjur to ada tapi banyak yang perlu diperbaiki. Untuk laluan, memang banyak lompatan (sebab banyak bonggol), yela kawasan perumahan kan. Semasa perlepasan juga perlu diperbaiki supaya lebih terkawal dan penting untuk menyediakan tempat basuh basikal. Untuk medal, ok cuma ada kawan yang join cakap bukan semua dapat medal, yang sampai awal je dapat, tp patut medal untuk semua rider yang habiskan kayuahan.
Harap boleh diperbaiki dan sekian.
 
 







No comments:

Post a Comment