Sunday 22 December 2013

Residence MTB Jamboree

 
Tarikh : 22 December 2013
Lokasi : Felda Residence Trolak, Perak.
Jarak Kayuhan : 30 km
 
Kayuhan kali ini di kawasan Trolak, Sungkai. Hanya 2 orang Geng MTBeskal yang join iaitu ako (Open) dan Aboy (Junior). Harapan untuk ride ini diletakkan pada Aboy untuk kategori junior - ari-ari training tu start cuti sekolah lagi. Terima kasih gak pada Faizal kerana sudi menyumbangkan Bianchinya untuk kegunaan Aboy pada event ni. Kiteorang gerak dari Ipoh lebih kurang jam 4.30 pg, awal cikit takut sesat dan memang betul sesat tp sikit je la, dan lebih kurang jam 545pg dah sampai tapak event. kami antara yang terawal la, nak amik no lg dan paking depan to..  (strategi :P).
Dianggarkan seramai 700 peserta untuk event ini dari pelbagai kategori.. termasuk ada kategori elite yang menampilkan Anuar Manan sebagai rider jemputan.
Event ini memang meriah termasuk ada aktiviti untuk keluar macam mewarna, teka berat nangka dll tapi trek offroadnya pun meriah sampai patah le handle Anuar Manan.. Aboy pn terjatuh masa downhill dan ako, 1st time bocor, lagi 3 km nak tamat lak to.
 
 
 
 
Tempat pendaftaran
 
Awal pagi di permulaan.
 

2 je wakil. (Gambar dr cycling, tq bro cycling)

starting depan semua pecut, salah strategi ni hihihi - akibatnya awal dah letih.

Aboy mengayuh dengan satu tangan pasai terseliuh masa jatuh. Nak gak habiskan kayuhan, nsib tak patah.

Bocor lepas single trek terakhir. Ingat nak tukar tiub tp piker dah dekat dan ada member bocor gak dari team Morera Ipoh, so sama-sama tolak sampai penamat.

Tolak le dengan member, asal habis katenye.
 
Aboy hanya Berjaya dapat no 16 kategori Junior pasai xciden to.
Takpe la asal selamat.

Tengok di papan, no dah naik, dapat le hamper.


Program tukar tiub, dah sampai baru tukar.

Dapat gak naik pentas untuk lucky draw - dapat hamper beso.

 
Kesimpulan, satu event yang menarik dan penganjuran yang teratur, makanan yang menarik dan medal pun cantik. Walaupun laluan agak mencabar tapi biasalah dalam mtb. Ok sekian.   



1 comment:

  1. Hi Guys! Just wanna share a MTB event
    please check out http://matkilaumtb.blogspot.com

    Good luck to your team..go bikers

    ReplyDelete